Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.
1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.
2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.
3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.
4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.
5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...
6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.
7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.
8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.
9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.
Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.
Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..
PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..
-petikan diperolehi dari pencarian google-
frm me:
ape yg dikatakan di atas adalah benar.
dibuang dan dihina beberapa kali.
sakit hati tak terhingga.
but im still standing til now.
sekuat2 nya ku gagahkn.
mujur iman kuat kali ini.
agaknya sebab itu lah Tuhan bagi ujian demi ujian dalam setahun ini.
untuk mengajarku. untuk menyedarkanku.
mungkin untuk menghapuskan dosaku yg lalu juga?
stiap kali ptus cinta, pertanyaan akan muncul di benakku.
kenapa... dan kenapa...
petikan di atas adalah jawapannya..
aku slalu menyalahkn diri sdiri..
mungkin sikap ku.. mungkin fizikal ku..
tapi andai diri secantik Balqis atau kasih setulus Zulaikha pun..
jika Tuhan katakan tidak, dan tidak lah..
mungkin jodoh itu kita rasakan yg terbaik,
tapi dengan doa dan bimbinganNya,mungkin ada lagi yg terbaik..
Tuhan takkan menganiayai hambaNya..
itu yang aku tanamkan dalam fikiran stiap hari..
tahun lepas aku putus cinta..
tapi aku menjadi lalai, iman ku lemah..
aku mengikut perasaan iblis nya..
kononnya supaya dia rasa apa yang ku rasa..
smakin hanyut, smakin emosiku tak terkawal..
kali pertama aku menampar manusia bergelar jantan..
tetapi tidak lama..akhirnya aku dapat balasan darinya..
tamparan pertama sepanjang hidupku..
hidung bagaikan mahu tercabut..
pasrah mendapat balasan..
akhirnya aku membuat keputusan untuk tidak kembali padanya..
selepas raya pada tahun yg sama,
Tuhan ketemukan org yg ku rasakan baik dari sebelumnya..
memang..dia menjagaku dan menyintaiku..
kami jarang bertikam lidah..
aku perlahan2 berubah menjadi seorang muslimah..
menutup apa yg wajib ditutup..
tetapi kebaikan ku dipersoalkn..
aku menjawab 'ini adalah utk kebaikan ku, bkn kerana mu'..
pernah ku fikir, adakah ini salah satu alasan nya utk meninggalkn ku?
atau alasan lelaki lain yg mengatakan 'kau terlalu baik untukku'..
sgt tidak masuk akal..
pada masa ini aku menguatkn imanku..
dan aku bertekad, jika aku putus cinta lagi..
aku tidak akan menyerah diri kepada hasutan iblis..
aku akan terus berdoa meminta yg terbaik dari Nya..
akhirnya, waktu itu muncul..
cinta strusnya kecundang jua..
aku menerima cabaran ini dengan menambahkn lagi ibadatku..
terus terang ku katakan, selepas bertaubat untuk kali pertama..
aku dapat ketenangan yg tak dpt diperolehi sblm ini...
agaknya Tuhan mendengar hajatku..
untuk menenangkan hatiku dan kembalikan semangatku..
kini.. aku lebih bahagia..
aku sedar bahawa tidak perlu seseorang untuk bahagia..
hanyalah cinta yg hakiki, iaitu cinta Tuhan..
hari demi hari aku cuba untuk menjadi lebih baik..
AKU CUBA...... JIKA AKU LEMAH, INGATKAN LAH AKU..
namun dengan dugaan ini, Tuhan telah kurniakan rezeki kepadaku..
aku mendapat kerja idaman yang telah aku nantikan sekian lama..
sesungguhnya Tuhan Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..
jadi tidak perlu berkejar2 untuk mencari jodoh..
ataupun cinta yg strusnya..
ia pasti akan datang..
dengan doa yg berterusan..
walaupun hati dikecewakan berulang kali..
aku bersyukur..
ia menjadikan aku lebih tabah..
peduli apa org kata..
mereka tidak merasainya..
tapi kita yg mengalaminya, beruntung dengan pengalaman ini..
dapatlah muhasabah diri, untuk menjadi lebih baik..
atau memberi peringatan kepada anak2 kita nanti..
*ini peringatan untuk aku, mahupun wanita2 di luar sana yg menjangkau 30an dan baru putus cinta.. ketahuilah sesungguhnya memang aku poyo ckit dalam penulisan.. hehe
Reasons 1 smpi 9 nape Tuhan pertemukan kita org yg slh is very right. No worries & be Strong ya!
ReplyDelete